Translate

Friday, 30 August 2013

TANDA-TANDA GANGGGUAN JIN DAN SIHIR SERTA CARA MENGESAN DAN MENGHADAPINYA

 
Mungkin ada di antara kita pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita melihat  seperti ada bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika sedang sendiri . Bunyi-bunyi aneh  dan seumpamanya. Hal seperti itu mungkin terjadi kerana adanya mahluk Allah lainnya disekitar kita.
Tidak boleh dinafikan bahawa didunia ini kita hidup bercampur baur dengan mahluk Allah lainnya yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar iaitu Golongan Jin. Kadangkala ia tinggal bersama dirumah kita, namun ianya  tidak memberi masalah jika ia tidak mengganggu kehidupan kita. Namun adakalanya ia tinggal didalam tubuh kita, tentu saja ini akan menimbulkan gangguan pada kehidupan kita.

Jin yang menetap didalam tubuh seseorang mampu menimbulkan gangguan serius seperti rasa sakit pada bahagian tubuh yang tidak boleh dikesan secara perubatan moden. Antara tanda-tanda terdapatnya gangguan dalam diri kita adalah seperti selalu bermimpi buruk, mendengar bisikan bisikan yang menyuruh melakukan sesuatu, kadangkala mudah emosi dan marah tidak menentu, malas beribadat dan mengerjakan solat, sukar mendapat jodoh, selalu bernasib malang dan sebagainya. Adalah lebih baik jika kita untuk mengesan sendiri apakah ditubuh kita ada mahluk jin yang menumpang atau tidak. Namun disini kami ingin menerangkan antara penyebab atau punca-punca terdapatnya ganguan Jin atau Sihir pada manusia

Penyebab Gangguan Jin Dan Sihir Pada Manusia :-
Gangguan jin dan sihir boleh mengenai seseorang disebabkan oleh banyak faktor dan penyebab, baik yang diketahui maupun tidak diketahui . Beberapa hal yang menyebabkan terjadinya gangguan sihir dan gangguan jin pada manusia antara lainnya ialah :-
  • Jin jatuh cinta pada manusia.
  • Adanya perjanjian antara keturunan kita yang bersangkutan dengan golongan Jin.
  • Tidak sengaja mengganggu tempat tinggal golongan Jin.
  • Keadaan jiwa yang lemah dan lalai, atau dalam keadaan emosi sedih, kecewa atau benci yang amat sangat.
  • Jauh dan tidak peduli dengan  tuntutan agama.
  • Menyimpan benda pusaka, seperti tangkal, gambar, patung, keris dan lain sebagainya.
  • Sering mengadakan upacara ritual dan spirit untuk keturunan atau penguasa ghaib ditempat tertentu.
  • Melakukan amalan atau wirid melampaui batas dan tidak sesuai dengan tuntunan Rasulullah.
  • Sering mendatangi makam dan tempat yang dianggap keramat.Menuntut ilmu kesaktian, ilmu kebal dan puja mendatangkan khadam.
  • Dikirim orang melalui sihir, tuju-tuju atau pun renungan.
Jika anda curiga was-was anda mengalami gangguan jin dan sihir yang dengan tanta-tanda seperti sering melihat sesuatu yang orang lain tidak melihatnya, selalu mendengar bisikan atau suara untuk melakukan sesuatu, terhalang jodoh, tertutup pintu rezeki, sakit yang tidak dapat diubati secara zahir, sering bermimpi buruk dan lain sebagainya. Lakukanlah ujian untuk memastikan apakah ada terdapat gangguan sihir atau tidak dengan mendengarkan ayat Rukyah seperti tersebut dibawah ini :

 AYAT RUKYAH MENGUJI GANGGUAN SIHIR :

Perhatikan reaksi yang muncul ketika mendengarkan ayat rukyah tersebut, jika muncul rasa mual, ingin muntah, anggota tubuh bergerak sendiri, badan terasa panas, jantung berdebar keras, sendawa terus menerus dan lain sebagainya , bererti terdapat gangguan jin atau sihir alam diri anda.
Untuk menghilangkan pengaruh sihir itu lakukan Rukyah Mandiri dengan cara mendengarkan ayat Rukyah dibawah ini sambil  meletakan tangan kiri diatas dada dan tangan kanan diatas perut. Seterusnya  putarkan tangan kanan yang diatas perut berlawanan arah jarum jam sambil membaca doa di bawah :

Ayat Rukyah Mandiri :-

“Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir , Ya Dzaljalaali Wal Ikraam…hamba mohon dengan kebesaran dan kemuliaanMu , keluarkan berbagai penyakit, kotoran dan jin fasik yang berdiam ditubuh hamba ini dengan izin dan kehendakMu. Jangan Kau izinkan mereka menetap ditubuh hamba untuk selama lamaNya”
Jika timbul rasa mual dan mau muntah , gerakkan tangan yang diatas perut kearah leher, kemudian muntahkan semua yang bisa dimuntahkan pada waktu itu. Lakukan semua itu berulang ulang sampai tidak terasa mual dan mau muntah lagi.  Mudah2an semua penyakit , kotoran dan jin fasik itu keluar dari tubuh anda bersama muntah tersebut.

Jika gangguan jin itu berasa dari keturunan anda kerana pernah ada perjanjian antara keturunan anda dengan golongan jin, Sebaiknya perjanjian itu dibatalkan dahulu . Sebelum membaca doa diatas lakukan doa pembatal perjanjian dengan mengucapkan doa ikrar sebagai berikut:
“Ya Allah Ya Jabbar Ya Mutakabbir….Demi kebesaran dan kemuliaanMu Ya Allah, Mulai hari ini kami  batalkan perjanjian yang pernah dibuat oleh keturunan kami dengan golongan Jin yang tidak pernah  kami ketahui sebelumnya, Jangan Kau izinkan mereka mendekati kami mulai hari ini ya Allah”

Perhatikan juga jika ada tangkal, benda pusaka  yang boleh menjadi punca sihir dirumah, buangkan semua benda itu dari diri dan rumah anda.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....

Sekian sedikit sebanyak perkongsian mengenai Tanda-Tanda Gangguan Jin Dan Cara Mengesan Dan Menghadapinya untuk makluman Para Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.

Sayangilah Dan Hargai Kehidupan Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi.
“MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”
Hubungi Saya Di Talian 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp) Untuk Nasihat Dan Keterangan Percuma. Kami Sedia Memberikan Panduan Dan Khidmat yang Terbaik Kepada Para Pelanggan Kami...Kerana....

“KESIHATAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN BUAT KAMI”

Mohd Ridzman.
Shaklee I.D No : 931309
HP No : 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp)

**sumber artikel ihsan dari ustaz fadhilza.
 
 

No comments:

Post a Comment