Translate

Thursday 15 August 2013

KENALI PENYAKIT THYROID


 

Penyakit Thyroid terbahagi kepada 2 jenis iaitu HYPERTIROIDISME ( Terlebih Hormone Tiroid ) dan HYPOTHYROIDISM ( Kurang Hormon Tiroid ).
 

 

HYPERTHYROIDISME :
Hyperthyroidisme / Thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.
Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya
Toxic Nodule Goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.


Tanda-tanda orang yang menghidapi HYPERTIRODISME:

  • Bengkak di leher.
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar.
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar.
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang.
  • Kesuburan turun.
  • Penumpuan kurang.
  • Mata menjadi besar (bulging).
  • Bad mood.
  • Kejang otot.
  • Oesteoporosis (kereputan tulang).
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  • Kulit lembap.
  • Suhu badan naik, tak tahan panas.
  • Rambut rontok.
  • Sukar bernafas.
  • Sukar tidur.
  • Tekanan darah naik.
  • Turun berat badan walaupun selera naik.
  • Lemah 
 
 HYPOTHYROIDISM :
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

 Tanda-tanda orang yang menghidapi HYPOTHYRIDISM :
  • Badan rasa lemah.
  • Daya ingatan menurun.
  • Hilang indera rasa dan bau.
  • Kadar pengepaman jantung perlahan.
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat.
  • Kulit kering.
  • Masalah kesuburan.
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi).
  • Muscle cramp dan bengkak.
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period).
  • Percakapan lambat.
  • Pertambahan berat badan.
  • Rambut rontok.
  • Rasa mengantuk.
  • Rendah nafsu seks.
  • Sakit kepala.
  • Sembelit.
  • Suara menjadi serak.
  • Tak tahan sejuk.

 SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT INI…?????

Antara orang-orang yang berisiko tinggi menghidap penyakit ini ialah :
  • Perempuan.
  • Genetik.Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain.
  • Usia lebih 60 tahun.
  • Merokok.
Sekian sedikit sebanyak penerangan mengenai Penyakit Thyroid untuk makluman pelawat blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.
Sayangilah Dan Hargai Kehidupan Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi.
“MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”
Hubungi Saya Di Talian 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp)Untuk Nasihat Dan Keterangan Percuma. Kami Sedia Memberikan Panduan Dan Khidmat yang Terbaik Kepada Para Pelanggan Kami...Kerana....
“KESIHATAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN BUAT KAMI”
Mohd Ridzman.
Shaklee I.D No : 931309
HP No : 019-6837417

No comments:

Post a Comment