Translate

Thursday, 15 August 2013

PENYAKIT DIABETES (KENCING MANIS)


 
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
 

  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
 
 
 

  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
  • Pengambilan Makanan tambahan atau suplemen (vitamin)

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil), suplemen dan suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?
  • Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iitu Co-Q10.
  • Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.
  • Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.
  • Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.
  • Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.
  • Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

  • Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  • Letih dan lemah otot.
  • Berat badan menurun.
  • Penglihatan kabur.
  • Gatal.
  • Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  • Luka yang lambat sembuh.
  • Kerap kencing.
  • Gatal pada kemaluan.
  • Rasa kebas.

Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes...???????
Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes.


  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
  • Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  • Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.

Sekian sedikit sebanyak penerangan dan perkongsian maklumat mengenai penyakit diabetes untuk makluman pelawat blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.

Sayangilah Dan Hargai Kehidupan Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi.

“MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”

Hubungi Saya Di Talian 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp) Untuk Nasihat Dan Keterangan Percuma Mengenai Pengambilan Suplemen Untuk Menangani Penyakit Diabetes. Kami Sedia Memberikan Panduan Dan Khidmat Yang Terbaik Kepada SemuaPara Pelanggan Kami...Kerana...
“KESIHATAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN BUAT KAMI”


 
Mohd Ridzman
Shaklee I.D No : 931309
HP : 019-6837417

No comments:

Post a Comment