Penyakit
jantung masih merupakan pembunuh No 1 Di Malaysia Bahkan Di Dunia. Mengapa Perkara Ini Boleh
Terjadi..??. Penyebabnya adalah banyak penderita sakit jantung yang
mengabaikan gejela-gejala penyakit jantung. Hal ini boleh terjadi kerana tidak
ramai masyarakat di luar sana yang tahu apakah ciri-ciri dan gejala serangan
jantung. Namun perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Serangan
Jantung adalah
sebuah keadaan yang menyebabkan jantung sama sekali tidak berfungsi. Keadaan ini biasanya terjadi dengan tiba-tiba,
dan sering disebut sebagai kegagalan jantung.
Penyebab kegagalan jantung berbeza, namun penyebab utamanya biasanya
adalah tersekatnya bekalan darah ke otot-otot jantung, oleh kerana
pembuluh-pembuluh darah yang biasanya mengalirkan darah ke otot-otot jantung
tersebut tersumbat atau mengeras, mungkin disebabkan oleh lemak dan kolesterol
, ataupun oleh kerana kesan-kesan kimia seperti penggunaan ubat yang berlebihan
yang mengandungi Phenol Propano Alanin (ppa) yang banyak ditemui
dalam ubat-ubat seperti Decolgen , Dan Nikotin . Kebelakangan ini juga sering dijumpai kegagalan jantung tiba-tiba berlaku ketika seseorang sedang bekerja, seperti yang menyerang beberapa atlet-atlet bola sepak ternama di dunia di tengah padang ketika sedang bermain. Biasanya hal itu disebabkan oleh pemaksaan aktiviti jantung yang melampaui batas, atau kurangnya aktiviti pemanasan badan dilakukan sebelum mula bermain.
Makanan juga menjadi penyebab utama terjadinya serangan jantung, terutamanya makanan segera (junk food). Para pengkaji dari McMaster University, Kanada, menemui bahawa orang yang banyak makan makanan yang digoreng, bergaram, dan daging mempunyai risiko serangan jantung lebih daripada 35 peratus lebih besar berbanding dengan orang yang mengambil sedikit atau tidak mengambilnya.
Disini juga kami ingin
berkongsi beberapa informasi yang berkait dengan gejala penyakit jantung dan
tanda-tanda jika seseorang terkena serangan
jantung. Sila Baca Dengan Teliti!!!
Sering Kelelahan :-
- Jika Anda kerap berasa
lelah meski pun tidak melakukan sebarang aktiviti berat, segera pergi ke klinik
untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doctor anda. Ini boleh
menjadi tanda-tanda terdapat masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga sering
dirasakan ketika bangun tidur.
- Kebiasaannya seseorang itu berpeluh ketika bersenam atau ketika cuaca panas. Namun jika anda mudah berpeluh, meski tidak melakukan sebarang aktiviti, kemungkinan jantung anda bermasalah.
- Gejala gangguan jantung
dimulai dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini menyebabkan penderita akan
kehilangan nafsu makan dan merasakan mual secara berlebihan.
- Ramai yang berpendapat, serangan jantung berpunca pada trauma. Tapi hasil penyelidikan, mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami tekanan, ketakutan, atau cemas akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan ganguan psikologi dan stres yang menyebabkan serangan lebih kerap berlaku.
- Rasa menyucuk2 menjadi pertanda kuat penyakit jantung. Untuk kaum lelaki, rasa itu dapat dirasakan di bahagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, punggung siku, dan leher. Sakitdi beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan kerana berlakunya penyumbatan arteri.
- Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih merasai sakit seperti menyucuk-nyucuk di bahagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh tubuh menjadi tidak lancar. Keadaan ini juga dapat menyebabkan mati rasa dan tubuh menjadi lemah.
Sakit Kepala
:-
- Mereka yang mempunyai masalah pada jantung, akan berasa sakit kepala jika terkena paparan cahaya. Ini kerana ianya memberi pengaruh pada denyut jantung, samada jantung berdenyut lebih lambat atau lebih cepat.
- Terutama pada wanita
yang sering mengalami migrain atau gangguan penglihatan, setidaknya dua kali dalam
sebulan, perlu waspada. Mungkin ini merupakan gejala perkembangan penyakit
jantung. Demikian menurut kajian yang diterbitkan American Academy of
Neurology. Menurut pengkaji, perkara ini terjadi kerana penyimpangan sirkulasi
darah yang menyebabkan sakit kepala menjadi parah.
- Jika anda mengalami
denyut jantung yang tak teratur, anda harus berwaspada kerana ianya boleh mengakibatkan
kematian. Denyut jantung tak teratur biasanya terjadi kerana adanya penebalan otot
pada saluran injap jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada saluran
injap sehingga menyebabkan kebocoran.
- Sesak nafas
disebabkan karena penebalan pembuluh darah yang menyekat aliran darah ke seluruh
tubuh. Ini juga diakibat oleh denyutan jantung yang tidak teratur, kelainan
organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta ganguan pada saluran
injap jantung.
- Pembengkakan terjadi
ketika cairan terkumpul di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian
pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahawa jantung sedang
mengalami ganguan kerosakan serta adanya perubahan pada injap jantung.
Setelah di bahagian pertama kita mengenali apakah gejala penyakit jantung, yang bererti ada kerosakan fungsi jantung, kali ini kami akan memberikan informasi mengenai gejala serangan jantung yang harus diberi perhatian.
Untuk lelaki, gejala jantung turut dapat dinilai dari gangguan fungsi seksual yang serius dan keguguran rambut. Kolesterol dan lemak berlebih dalam tubuh dikaitkan sebagai faktor utama gangguan jantung. Untuk itu, anda perlu mengetahui dan berjaga-jaga dengan gejala serangan jantung yang muncul tiba-tiba seperti :
- Tiba-tiba sakit di bagian dada dibelakang tulang dada atau seperti sesak dada.
- Rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian dada dan boleh berulang beberapa minit (20 minit atau lebih).
- Rasa sakit seperti ada tekanan di bahagian dada, dan leher seolah-olah tercekik hingga menyebabkan keluar peluh dingin.
- Tiba-tiba pengsan,
namun boleh kembali sedar. Ini terjadi kerana terdapat gangguan pada irama
denyutan jantung.
Tidak ada tindakan
yang lebih baik untuk mencegah penyakit dan serangan jantung, di samping
gaya hidup sihat (seperti sering bangun lebih pagi, tidak sering tidur terlalu
larut malam, dan mengelakkan rokok dan minuman beralkohol), pola makanan yang
sihat (memperbanyak makan makanan berserat dan bersayur, serta tidak terlalu
banyak makan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi), dan olah raga
yang teratur dan tidak berlebihan.
Namun, ada beberapa zat yang dipercayai mampu memperkecil atau
memperbesar risiko penyakit dan serangan jantung, di antara lain:
Beberapa penyelidik
menyebutkan bahawa zat allicin di dalam bawang putih ternyata dapat
membantu menjaga kesihatan jantung. Kajian
tersebut menunjukkan bahawa oleh khasiat zat allicin boleh menyebabkan ketegangan
urat berkurang 72% . Namun
beberapa penyelidik lain ada juga yang menyatakan bahawa tidak ada hubungan
antara bawang putih dengan kesihatan jantung.
Dalam kajian yang dilakukan pada 90 perokok berbadan gemuk,
para penyelidik Eropah mendapati bahawa tambahan serbuk bawang putih selama 3
bulan tak memperlihatkan perubahan dalam kadar kolesterol mereka atau beberapa
tanda lain risiko penyakit jantung.
Kajian membuktikan
bahawa mengurangkan merokok tidak mengurangkan risiko penyakit jantung. Untuk benar-benar mengurangkan risiko
penyakit jantung, seseorang harus benar-benar berhenti merokok.
Penemuan yang
diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology mendedahkan
penggunaan Suplemen Vitamin C Dan Omega dapat mengurangkan risiko
penyakit jantung Kajian menunjukkan, mengurangkan pengambilan garam boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Pengambilan garam boleh meningkatkan tekanan darah. Pada percubaan diet rendah garam menunjukkan risiko penyakit jantung hingga 25% dan risiko serangan jantung sehingga 20%
Pengambilan
makanan-makanan yang dapat menjaga kesihatan jantung seperti Salmon,
Tomato, Minyak Zaitun, Gandum, Almond, dan Epal, habatussauda dan suplemen yang
lain.
Jadi, mulai hari ini amalkanlah gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk memastikan kita sentiasa berada didalam keadaan kesihatan yang optimum dan jika anda atau
orang di sekeliling anda mengalami gejala-gejala seperti seperti yang telah dinyatakan di atas, segeralah pergi
atau bawa pesakit tersebut ke Klinik berhanpiran atau hospital. Jika dibiarkan
ianya boleh mengakibatkan kematian.Sekian sedikit sebanyak penerangan mengenai Informasi Penyakit Jantung untuk makluman Para Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.
Sayangilah Dan Hargai
Kehidupan Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi.
“MENCEGAH ADALAH
LEBIH BAIK DARI MERAWAT”
Hubungi Saya Di
Talian 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp) Untuk Nasihat Dan Keterangan Percuma.
Kami Sedia Memberikan Panduan Dan Khidmat yang Terbaik Kepada Para Pelanggan
Kami...Kerana....
“KESIHATAN ANDA ADALAH
KEBANGGAAN BUAT KAMI”
Mohd Ridzman.
Shaklee I.D No : 931309
HP No : 019-6837417 (Call,
SMS, Whatsapp)
No comments:
Post a Comment