Translate

Sunday, 15 September 2013

SET KEHAMILAN, BERPANTANG DAN MENYUSU SHAKLEE


 
Asalammualaikum  w,b.t kepada semua Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog Kami yang di hargai dan kami kasihi……Hari ini kami ingin menerangkan tentang Kebaikan Dan Manfaat Set Kehamilan, Berpantang Dan Menyusu Shaklee.
Set Mengandung Shaklee menjadi pilihan ramai ibu-ibu hamil yang inginkan sesuatu yang terbaik pada bayi yang dikandung.
Setelah mengetahui diri kita hamil..Itu adalah kenangan paling seronok kan..Tapi bila ada alahan atau masalah membuatkan kita rasa macam-macam. Ada yang tidak kuat semangat dan mudah putus asa dan menyebabkan kemurungan atau masalah lain semasa hamil.
Jika yang ada keturunan dalam keluarga menghidap penyakit kencing manis, akan lebih rasa tertekan dan stress sebab kena minum air gula dan kena buat ujian BSP.
Jika yang kuat 'morning sickness' nya, lagilah tak berdaya...Nak makan tak selera.  Badan pun jadi lemah sebab tak makan..Kalau makan muntah-muntah dan macam-macam lagi..Jika anda boleh makan buah-buahan, cubalah isi perut dengan buah-buahan.Cuba makan kurma, kismis atau buah-buah yang berkhasiat.  Tapi jika yang ada masalah kencing manis ketika mengandung pula tidak boleh makan sebarangan kerana bimbang akan meninggikan lagi bacaan ketika ujian BSP..
Kebiasaannya apabila disahkan hamil, klinik akan membekalkan asid folic pada trimester pertama. Kemudian diikuti dengan  obimin, calcium, iron, dan lain-lain.
Disini saya ingin memperkenalkan Set Kehamilan, Berpantang Dan Menyusu Shaklee yang telah terbukti dapat membantu ibu-ibu yang sedang hamil, berpantang dan menyusu mendapat nutrien dan mineral yang mencukupi.

Set Kehamilan, Berpantang Dan Menyusu Shaklee :-
Vita-Lea :-
Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah..Jika ibu-ibu mengambil vitalea, jadi tidak perlu lagi mengambil obimin.
B-Complex :-
Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.  Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
Vitamin C :-
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
Ostematrix :-
Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp
Energizing Soy Protein ( ESP ) :-
Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh.  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.
Omega Guard :-
Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang. Disamping itu ia dapat mengurangkan sakit kepala dan mengekalkan tekanan darah normal. Juga dapat mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.
Alfalfa Complex :-
Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan. Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang. Ianya bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita dan dapat melegakan sembelit bagi ibu berpantang. Selain itu, ianya dapat membantu membanyakkan susu ibu serta membuang angin dalam badan dan memulihkan urat selepas bersalin.
Zinc Complex :-
Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
Pengambilan vitamin zinc ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zinc dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zinc oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.  Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.



Set Kehamilan terdiri daripada ESP, Vita Lea, Omega Guard, Ostematrix, B Complex dan Vita C.
 
 
Set Berpantang terdiri daripada ESP, Vita Lea, Ostematrix, B Complex, Vita C dan Zinc Complex.
 
 
Set Menyusu terdiri daripada ESP, Vita Lea, Ostematrix, B Complex, Vita C dan Alfalfa Complex.

Sekian sedikit sebanyak penerangan mengenai Kebaikan Dan Manfaat Set Kehamilan, Berpantang Dan Menyusu Shaklee untuk makluman Para Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.

Sayangilah Dan Hargai Kehidupan Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi.

“MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”
Hubungi Saya Di Talian 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp) Untuk Nasihat Dan Keterangan Percuma. Kami Sedia Memberikan Panduan Dan Khidmat yang Terbaik Kepada Para Pelanggan Kami...Kerana....

“KESIHATAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN BUAT KAMI”


Mohd Ridzman.
Shaklee I.D No : 931309
HP No : 019-6837417 (Call, SMS, Whatsapp)

**Manfaat Dan Kelebihan Membeli Produk Shaklee Daripada Kami :-
  1. Layanan mesra daripada kami.
  2. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian.
  3. Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat.